Orang Muo

0rangmuo.com Tradition Today Future

Full width home advertisement

Tempat Menarik & Rekreasi

Food & drink

Post Page Advertisement [Top]

Pernah Makan Buah Tin Segar? Memang Lazat... Jom Kita Ke Kebun Buah Tin Tn Hj Ridzuan Sg Buloh

Pernah Makan Buah Tin Segar? Memang Lazat... Jom Kita Ke Kebun Buah Tin Tn Hj Ridzuan Sg Buloh
Selain tamar, zaitun, dan anggur, buah tin adalah antara beberapa jenis buah yang disebut dalam Al-Quran. Sudah semestinya buah-buahan tersebut mengandungi banyak khasiatnya yang tersendiri.  

Jika selama ini kita hanya dapat merasa makan buah tin yang sudah dikeringkan sahaja, kini buah tin segar terus dari pokok boleh didapati di negara kita sendiri. Macam tak percaya bukan. Hakikatnya memang benar, buah tin segar boleh didapati di negara kita. Antaranya, kebun atau pusat penanaman buah tin Tn Hj Ridzuan, Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Baru-baru ini orang muo dan isteri telah melawat kebun buah tin milik Tn Hj Ridzuan, di kg Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Walaupun jauh, orang muo menggagahkan diri semata-mata desakan rasa ingin tahu yang menebal serta ingin melihat sendiri bagaimana tanaman pokok tin ini diusahakan. 
Orang muo begitu kagum dengan kebun pokok tin beliau kerana mempunyai kelengkapan yang moden. Alhamdulillah, layanan tn haji juga amat menyenangkan orang muo.

Siapa sangka pokok  tin atau fig yang hidup segar di tanah gersang dari Asia Barat dan Afrika ini boleh hidup dengan baik di negara kita. Cuaca di negara kita yang panas sepanjang tahun sebenarnya sesuai untuk pokok tin hidup walaupun masalah jumlah hujan yang banyak serta jenis tanah memberi sedikit gangguan tetapi masih boleh di atasinya dengan teknik penanaman yang betul serta penjagaannya yang rapi.
Ternyata, usaha Tn Hj Ridzuan tidak sia-sia. Ratusan pokok tin yang ditanamnya didalam gelung konkrit dengan campuran tanah tertentu serta baja yang sesuai menjadikan pokok tin beliau begitu subur, sihat, malah menghasilkan banyak buah yang sangat berkualiti setanding dengan buah tin dari negara asalnya. Orang muo percaya industri tanaman buah tin boleh berkembang maju jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh seperti Tn Hj Ridzuan.
Anak-anak benih yang dijamin sihat dan berkualiti
Selain membekalkan buah yang segar, Tn Hj Rizuan juga menyediakan anak benih pokok tin untuk anda yang berminat menanamnya sendiri dengan harga yang sangat berpatutan, antara RM100 hingga RM150 saja sepokok, bergantung kepada jenis, [di pasaran luar mencecah RM200-250].
 Manakala harga buah tin segar pula adalah antara RM80-90 sekilo. Berbaloi bukan.  Haa, apa lagi jom kita mengusahakan tanaman buah tin.
Anda boleh saja memilih sama ada hendak menanam tin dari jenis Golden Fig [Taiwan], Masui Daphine [Jepun], Texas Ever Bearing [USA], atau Red Khutmani [Asia Barat]. masing-masing mempunyai rasa serta saiz buah yang sedikit berbeza.
Pembiakan anak benih kaedah tut 

Pembiakan anak benih kaedah keratan batang
Keperluan pokok tin
- Tanam di kawasan yang boleh mendapat cahaya matahari sepenuhnya,
- Campuran 30% tanah hitam campuran dan 70% pasir kasar.
- Bekalan air yang cukup
- Baja pokok dan baja buah. 
 Contoh tanah yang telah dicampur dengan bahan-bahan lain.

 Sesuatu yang orang muo rasa sangat teruja nak menanam pokok buah tin ialah pokok tin cepat mengeluarkan buah, lebat pulak tu. Satu lagi, ia mudah ditanam di mana-mana, sama ada di kebun atau boleh saja ditanam di dalam pasu.  Macam orang muo ni duduk di taman perumahan, mana ada kebun, menumpang tanah kerajaan di tepi jalan je la :)
 Tn Hj Ridzuan sedang merapi pokok-pokok tin
 Tn Hj Riduan juga dalam usaha memasarkan jem tin dan teh daun tin yang dikui mempunyai khasiat untuk kesihatan.
Produk ini hanya boleh didapati di Pusat Penanaman tin beliau

Jika anda hendak melawat ladang tin Hj Ridzuan, anda boleh merujuk Face Book  untuk mendapatkan peta lokasi [maps, cari SK Merbau Sempak, Sg Buloh... kebun tn hj berhampiran dengan sekolah tersebut] atau menghubunginya terus [0194462200].

 Akhirnya, orang muo terpikat dengan 2 anak pokok ni... Taiwan Golden Fig [TGF], dan satu lagi  Masui Daphine Fig dari Jepun.

Bottom Ad [Post Page]