Orang Muo

0rangmuo.com Tradition Today Future

Full width home advertisement

Tempat Menarik & Rekreasi

Food & drink

Post Page Advertisement [Top]

Semoga PM dan Isteri Mendapat Hidayah dan Keinsafan

Semoga PM dan Isteri Mendapat Hidayah dan Keinsafan

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan tawaf di hadapan Kaabah, Mekah, lewat malam tadi. Turut kelihatan anak beliau Nor Ashman Razak (belakang). Beliau sebelum itu mengadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Rumah Suci bagi membincangkan hal dua hala dalam rangka lawatan empat hari ke Arab Saudi. --fotoBERNAMA


PM dalam rangka lawatan ke Arab Saudi sempat meluangkan masa bersama keluarganya menunaikan umrah. Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kesilapan mereka serta memberi keinsafan dan semangat untuk beliau menjadi seorang pemimpin yang jujur,amanah, adil, dan dijauhkan Allah daripada sebarang niat untuk melakukan kezaliman terhadap rakyat dan negara serta berlaku adil kepada semua rakyat. Harapan rakyat agar datin seri menjadi seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami, serta bersederhana dalam semua keadaan sebagaimana tuntutan dalam ajaran Islam .

Apabila pulang ke tanah air nanti , mudah-mudahan PM akan lebih bersemangat untuk menunaikan amanah yang diberi oleh rakyat memacu negara ke arah kemakmuran, perpaduan, dan membawa negara ke mercu kejayaan, Tiada lagi masalah ekonomi, tiada lagi perebutan kuasa, pembahagian kek ekonomi secara berhemah dan sama rata kepada setiap negeri, tiada kenaikan harga barang, tidak ada kenaikan harga minyak dan bahan api, serta tidak ada lagi suara keluh-kesah rakyat yang terpinggir dan kian terhimpit dengan kesempitan hidup. Sejahtera Malaysia! Amin!

2 comments:

CCEO PulakDah said...

Amin..
Mudah-mudahan..cikgu

fikrah Islamiah said...

Kalau semua rakyat Malaysia doakan PM dan isteri secara ikhlas supaya diberi hidayah, kuat iman dan buat perubahan ke arah Islam, lambat lain dia akan berubah. Peliknya kita suka doa sebaliknya. Doa supaya dia jatuh untuk kita naik adalah tidak wajar. Itu bukan ajaran Islam.

Bottom Ad [Post Page]