Orang Muo

0rangmuo.com Tradition Today Future

Full width home advertisement

Tempat Menarik & Rekreasi

Food & drink

Post Page Advertisement [Top]

1 Ogos: Tambang dan elektrik naik, 1 Sept: Minyak naik 20 sen

Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam mulai Ogos ini bagaikan merentap jantung rakyat marhaen yang setiap hari pergerakan mereka bergantung kepada pengangkutan awam kerana mereka tidak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila mendengar pengumuman tersebut. Termenung panjang memikirkan pertambahan di dalam perbelanjaan harian untuk pergi balik ke tempat kerja, menggunakan bas ekspress untuk menuju ke destinasi yang dituju dan paling perit apabila pelajar-pelajar yang berjauhan dengan keluarga terpaksa berbelanja besar untuk pulang ke kampung setiap minggu ataupun pada hari kelepasan am dan hari perayaan.

Rata-rata rakyat yang menggunakan pengangkutan awam adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah. Hidup mereka saban hari ditekan dengan kemelesetan ekonomi dan kini kesusahan dan keperitan hidup mereka ditambahkan lagi dengan bebenan terbaru ini.

Bagaimana pula dengan ibu bapa yang terpaksa membayar lebih untuk bas sekolah anak-anak mereka? Apakah ada pilihan lain untuk mereka mengelak daripada mengeluarkan perbelanjaan yang lebih ini?

Bagi yang berkenderaan pula, kesengsaraan mereka akan bermula pada bulan September ini apabila harga minyak akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Sudah pastinya harga barangan akan melambung tinggi seperti mana yang berlaku sebelum ini. Kenaikan harga minyak adalah punca asas kepada kenaikan harga-harga barangan harian.

Tarif elektrik pula diwar-warkan akan dinaikkan mulai Ogos. Dimana sudahnya kesengsaraan rakyat yang berpendapatan sederhana ke bawah ini? Hidup bagaikan dikepung oleh pelbagai masalah kewangan yang menghimpit.

Dimanakah jalan keluarnya?

1 comment:

CCEO PulakDah said...

Salam Cikgu Suhaimi,
Jemput ke blog saya.
Tak sangka Cikgu hebat berblog juga ya.
Syabas orang muo.
Respect pendirian cikgu yang tidak mudah ditarik hidungnya oleh "Kerajaan 1Malaysia".
Kalau kenal saya siapa komen kat blog saya.
Salam perjuangan.

Bottom Ad [Post Page]