Tuesday, July 23, 2019

Cara Mudah Lagi Berkesan Membersih dan Menggilap Hanya Dengan Bahan Sedia Ada di Rumah

Seorang suri rumah yang tinggal di London, Amanda Cable mendedahkan kaedah mudah untuk membersih kotoran degil seperti peralatan dapur dan sebagainya hanya dengan menggunakan beberapa bahan mudah yang biasa terdapat di rumah.

Membersih permukaan logam yang berkarat atau kusam dengan kentang

Potong kentang kepada dua bahagian.  Sapukan potogan kentang dengan garam dan gosokkan pada kawasan yang berkarat. Jika kentang menjadi terlalu lembut, potong lagi permukaan potongan kentang, sapukan garam dan gosok kawasan yang berkarat.

Tau Makan Je...Banyak Khasiat Durian Si Raja Buah Ni

DURIAN amat digemari ramai kerana rasanya yang manis dan lazat. Di sebalik teksturnya yang lembut dan aromanya yang menggoda, si raja buah ini  memiliki banyak manfaat bagi kesihatan. Berikut antara khasiat buah durian:

Meningkatkan Imuniti
Buah durian kaya akan kandungan vitamin C, menyediakan sekitar 33 % dari dari keperluan vitamin C harian.  Makanan yang kaya dengan vitamin C ini membantu tubuh mengembangkan ketahanan terhadap agen infeksi dan radikal bebas berbahaya.